Leelou Blogs

Saturday, October 30, 2010

artikel 1

lupakan entry semalam..
new entry....


APLIKASI SENI DALAM PENDIDIKAN

Pendidikan berkait rapat dengan kreativiti dan pemikiran kreatif.Pendidikan Seni dalam Kurukulum Bersepadu Sekolah Menengah,bermaksud seni tampak yang bertujuan melahirkan warganegara berbudaya,khususnya individu yang kreatif,berpengetahuan dalam bidang seni,mempunyai kemahiran mencipta dan peka terhadap ciri estetik.Kurikulum Pendidikan Seni melibatkan perasaan estetik,daya kreatif pelajar melalui penjanaan daya intuisi,persepsi dan konsepsi,juga boleh mewujudkan rasa kepuasan dan kesedaran terhadap bakat serta kemampuan diri pelajar.Pelajar yang mengikuti programPendidikan Seni akan menjadi lebih peka dan perasa,bersikap sederhana dan mampu mengamalkan pertimbangan kesenian dan kesempurnaan dalam mengendalikan kehidupan.Pendidikan Seni juga mampu meningkatkan kualiti berfikir .Pengetahuan dankemahiran Pendidikan Seni melalui penjanaan idea,penerokaan unsur,inkuiri,integrasi maklumat serta idea,pengolahan simbol nyata atau abstrak dan melihat sesuatu dari pelbagai perspektif,menjanjikan satu peningkatan kualiti berfikir serta bertindak secararasional dan fleksibel.

Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang merentas kurikulum dan boleh dikatakan sebagai asas kepada mata pelajaran lain.Pelajar yang didedahkan dengan Pendidikan Seni berasa lebih senang dan yakin apabila berdepan dengan tugasan dalam mata pelajaran lain terutamanya yang melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kefahaman menerusi visual tentunya lebih mudah daripada penghafalan fakta menerusicatatan berjela.Peta minda yang digrafikkan secara mudah lebih berkesan untuk menyatakan sesuatu konsep atau penerangan yang sukar.Prinsip dalam Pendidikan Seni berupaya memenuhi tuntutan dalam masalah ini.

Pendidikan Seni juga selari dengan konsep pembelajaran seumur hidup (learning throughout life)yang dikatakan sebagai salah satu syarat untuk menghadapi dunia abadke-21.Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang mengaplikasikan ilmu dengan kemahiran.Pelajar belajar melalui tindakan membuat (learning by doing),yangkemudiannya kelak dapat dilanjutkan kepada learning to be dan learning to live together, apabila tiba masanya untuk berada dalam masyarakat dan pasaran kerja.Asas ini dibinadalam pengajaran Pendidikan Seni terutamanya dalam membentuk pemikiran tinggi. Sebagai contoh awal,proses mereka bentuk dalam Pendidikan Seni,melibatkan pelajar melalui beberapa proses berfikir dan bertindak seperti :Pengenalpastian masalah Menentukan keperluan,lakaran situasi atau masalah.Penjelasan tentang perkara utama dan limitasi serta persolan yang sepatutnya dapat dijelaskan.Kajian dan Penyelidikan Aspek persekitaran,ergonomik,masa,factorkeselamatan,kekuatan,bentuk, bahan,kos dan pembuatan serta pelbagai sumber.

Idea dan cara penyelesaian – dilakukan secara lakaran beberapa idea danpenyelesaiannya. Perkembangan – memperincikan idea bersama lakaran dan huraian..Bekerja dengan idea yang telah dikenal pasti bagaimana bahagian-bahagian dipasang (kalau ia model). Mungkin carta aktiviti atau carta produksi diperlukan pada peringkat ini.Foto atau lakaran visual yang menampakkan pelbagai persepsi juga boleh membayangkan kegiatan seterusnya menjadi lebih jelas.
Proses membuat.
Proses dan teknik.
Percubaan dan Penilaian Membandingkan spesifikasi asal dengan senarai fungsi.
Mencatat sebarang masalah yang timbul sepanjang kegiatan.
Mencuba.Membuat rumusan.

Apabila melihat proses mereka bentuk yang disenaraikan,nyatalah bahawa Pendidikan Seni mementingkan aplikasi ilmu dengan kemahiran.Dalam proses tersebut juga,inovasi teknologi yang merangkumi tiga tahap digabungkan.Gabungan tersebut ialah idea yang kreatif,aplikasi secara praktikal dan penerimaannya terhadap masyarakat.Ini dikaitkan dengan maksud kreatif yang menekankan sesuatu yang unik,baru dan bermakna,dalam konteks norma kita sendiri.

Melalui informasi teknologi dalam Pendidikan Seni,idea yang banyak dapat dilahirkan dan pelbagai.Ini akan membantu pelajar menghasilkan ciptaan terbaru dengan mudah, tepat,cepat,dan menarik.Namun,sebagai suatu disiplin yang mengutamakan daya imaginasi dan kreativiti ketika pembentukan konsep dalam minda,yang harus dijelmakan
dalam bentuk visual secara manual,pelajar tidaklah diketepikan ilmu untuk mendapatkan kemahiran tertentu dan sebaliknya hanya menggunakan teknologi moden seperti komputer melakukan segala-galanya.Komputer,dalam hal ini adalah sebagai tool ataukadang-kadang sebagai tutee bagi memudahkan cara melaksanakan kegiatan Pendidikan Seni.Banyak pakar yang berpendapat bahawa pendidikan yang berkesan sepatutnya dilakukan secara bersepadu,sama ada dengan memenuhi tuntutan pelajar melalui ikutan,analisis logik,kemahiran mengaplikasi ilmu seni,dan sebagainya.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mengarah kepada suasana riang dan ria serta mengundang minat pelajar akan membangkitkan semangat ingin melakukan sebarang kegiatan pembelajaran dengan baik.Penyelesaian masalah merupakan satu kaedah yangberkesan dalam Pendidikan Seni kerana ia bukan sahaja melibatkan tingkah laku ingin tahu pelajar tetapi juga berkait dengan perasaan pelajar yang menjurus kepada Learning is fun.

Konsep pengajaran bersepadu dalam Pendidikan Seni telah diperjelaskan dalam Sukatan Pelajaran yang dapat disimpulkan bahawa ia merangkumi domain yang dihasrat secara bersepadu melalui pendekatan yang terancang.Pendekatan yang terancang dan terarah iniberteraskan objektif pencapaian iaitu,ekspresi kreatif,penggubahan,penghasilan danpersembahan,persepsi estetik,pertimbangan estetik,warisan budaya kraf,dan senitampak.Justeru,Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang terkandung hasrat murni di dalamnya dapat direalisasikan melalui subjek Pendidikan Seni.

No comments:

Post a Comment