Leelou Blogs

Sunday, October 31, 2010

seni ukiran kayu

ukiran kayu

Pengenalan

Seni ukiran kayu adalah seni kraftangan
yang telah lama wujud di kalangan masyarakat
Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu,
masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta
masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang
dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama
seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza
dari segi cara dan teknik pengukirannya.
Seni ini begitu berkembang luas kerana
Malaysia merupakan sebuah negara yang
mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak
di mana terdapat kira-kira 3000 spesis
kayu-kayan di negara kita. Di samping itu
juga, kayu adalah bahan alam yang sangat
sesuai untuk diukir dan boleh dipelbagaikan
kegunaannya. Dalam bidang ini, fokus akan
ditumpukan kepada seni ukiran masyarakat
Melayu, masyarakat etnik Sarawak dan masyarakat
Orang Asli.

Sejarah Ukiran Kayu Melayu
Ukiran kayu berbentuk wau


Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi
Melayu yang terulung. Sejarah seni ukir
di Tanah Melayu banyak terdapat dalam
catatan-catatan sejarah iaitu dalam
Sejarah Melayu di mana dikatakan seni
ukiran Melayu tradisi telah ada sejak
lebih 500 tahun dahulu. Pada ketika itu,
orang-orang Melayu sudah memberi perhatian
yang istimewa terhadap seni ukiran pada
bangunan seperti istana dan rumah kediaman.
Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan
peranan penting dalam memperkembang dan
menghidupkan suasana seni ukiran.
Hingga kini peninggalan istana-istana
lama memperlihatkan betapa indah dan
uniknya ukiran-ukiran yang diterapkan
pada istana-istana tersebut. Di Semenanjung
Malaysia, kekayaan seni ukiran kayu orang
Melayu paling ketara pada binaan rumah
tradisional terutama di Kelantan, Melaka
dan Negeri Sembilan.



Teknik dan Gaya

Ukiran kayu dapat dilaksanakan dengan
berbagai-bagai teknik dan penggunaan
satu-satu teknik itu banyak bergantung
pada kebolehan dan kemahiran pandai kayu.
Tiga teknik utama dan gaya di dalam seni
ukiran Melayu ialah tebuk terus, tebuk
separuh dan tebuk timbul. Bentuk ukiran
juga ada tiga jenis utama iaitu bujang,
lengkap dan pemidang



Bentuk Bujang
Bentuk ini berdiri terasing, bebas,
dan tidak terikat, berkait atau
bersambung-sambung. Biasanya bentuk
ini menampilkan motif bulan, bintang,
matahari, kuntuk bunga ataupun putik buah.




Bentuk Pemidang
Bentuk ini menampilkan motif yang menggambarkan
pergerakan sederhana dan tidak berbelit-berbelit.
Bentuk ini mempunyai bingkai atau pemidang.

Ukiran patung kayu



Ukiran-ukiran yang dibuat dalam bentuk
ini diberi nama-nama yang menarik seperti
itik pulang petang, badak mudik, setampuk
manggis dan lain-lain. Biasanya Bentuk
pemidang digunakan untuk jala-jala rumah
serta benda-benda yang terdapat di dalam
rumah seperti tepak sirih, almari dan dulang
kayu.


Bentuk Lengkap
Bentuk ini menggabungkan ciri-ciri bentuk
bujang dan bentuk pemidang. Bentuk ini
menitikberatkan unsur tumbuh-tumbuhan,
merangkumi akar, batang, buah, dahan,
daun, putik dan sulurnya.



Alat dan Motif
Alat-alat yang digunakan untuk seni ukiran
adalah seperti gergaji, ketam, tukul besi
dan paling penting pahat. Motif ukiran kayu
orang Melayu terbahagi kepada beberapa jenis ;

Motif makhluk halus, contohnya ayam, badak
dan itik (ayam berlaga, badak mudik
dan itik pulang petang)

Motif angkasa atau kosmos yang menerapkan
gambaran awan larat seperti bintang, matahari,
bulan dan bukit bukau

Motif Geometri menampilkan bentuk
bulatan dan bentuk segitiga yang
disusun berderet. Kadangkala bentuk
segitiga ini dicantum dengan sulur-sulur
tumbuhan. Biasanya, motif-motif ini terdapat
pada alat-alat tembikar, sarung keris, tepak
sirih dan barang-barang tembaga.

Motif seni khat atau kaligrafi, menggunakan
huruf Arab, terutamanya petikan Quran dan
tulisan Jawi. Motif ini banyak terdapat di
ambang pintu rumah, masjid dan surau serta
pada alat-alat keagamaan seperti rehal.



Mengukir kayu (khat)






Penggunaan

Seni ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu
bukan sahaja terdapat pada rumah-rumah tetapi
penjelmaan dan penerapannya terdapat pada
istana-istana raja, binaan masjid dan mimbarnya,
surau, wakaf, pintu gerbang, alat-alat permainan
masa lapang, alat-alat muzik tradisi, perabot
seperti almari, katil, kerusi, meja, dan kepala
perahu yang disebut bangau, alat-alat senjata,
peralatan memasak, peralatan pertukangan dan
pengangkutan tradisi seperti perahu, kereta kuda
dan kereta lembu

MUSTAHAK UNTUK DIBACA!




hari ini.....












































hari AHAD...yg sentap..






KONSEP INTEGRASI DALAM SENI

Konsep integrasi pada Seni Dalam Pendidikan ke arah pembangunaninsan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.Dalam KBSR konsep ini membawa maksud bahawa penguasaan ilmupengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilaimurni dilakukansecara bersepadu dan menyeluruh. Ini membolehkan pelajar memperolehikemahiran, mengembangkan bakat, nilai, pengetahuan, sikap dan amalan yangdikehendaki. Ia juga memperlihatkan kepada pelajar gambaran keseluruhanserta hubung kait antara satu perkara dengan perkara yang lain membentuk satu kerangka ilmu.

contoh spesifik pengintegrasian tiga bidang seni dalam pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yangdipilih.

(i)                 Matapelajaran      :Bahasa Melayu (Tahun 2)
Tajuk                    :Mari Bertani

                 Pengintegrasian bidang Seni Dalam Pendidikan:
                 1) Muzik               :Nyanyian lagu ‘Pak Mamat Tukang Kebun’
                 2) Pergerakan        :Membuat gaya membanting padi, merumput dan
                                                menyemai.
                 3) Seni Visual       :Melukis dan mewarna gambar sayur-sayuran.

Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dandifahami, guru telah menggunakan cara pengintegrasian Seni Dalam Pendidikanyang merangkumi bidang seni muzik, seni pergerakan dan seni visual dalamtajuk mata pelajaran yang diajar.
Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, guru memilihuntuk menggunakancara pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan dalam tajuk mata pelajaran BahasaMelayu yang dipilih iaitu ‘Mari Bertani’. Dalam tajuk ini, guru memilih untukmengintegrasikan tajuk dengan Seni Visualdengan melakukan aktiviti melukisdan mewarna. Guru akan menunjukkan gambar sayuran-sayuran dan memintamurid-murid menyebut nama-nama sayur-sayuran yang ditunjukkan. Kemudianmurid-murid diminta melukis gambar sayur-sayuran yang mereka tahumenggunakan daya kreativiti mereka sendiri. Secara tidak langsung, integrasidalam tajuk ini dapat meningkatkan lagi pemahaman dan pengekalan ingatantajuk ini dalam minda pelajar dengan melukis gambar yang berkaitan. Di samping itu, guru juga dapat mengintegrasikan tajuk ‘Mari Bertani’ dengan menyanyikan bersama-sama lagu yang berkaitan supaya murid-murid
lebih mudah untuk mengingati isi tajuk yang ingin disampaikan. Guru bolehmemilih untuk menyanyikan lagu ‘Pak Mamat Tukang Kebun’ beramai-ramaisambil membuat gaya pergerakan berdasarkan dengan lagu yang dipilih.
Aktiviti pergerakan yang dilakukan merupakan integrasi seni pergerakandalam tajuk dan sekaligus memberi kecekapan psikomotor di kalangan murid-murid. Kebosanan dapat dielakkan sebaliknya murid-murid berasa seronok untukmengikuti pengajaran dan pembelajaran tajuk yang diajar.

           (ii) Nyatakan aktiviti muzik, pergerakan dan seni visual yang boleh
                 dijalankan dalam P&P.

a)                                   Aktiviti Muzik

              Tajuk Lagu     : Ayah Dan Ibu
              Pencipta          : Othman Ali

            Ayah Ibu Banyak Memberi
            Baju Buku Itu Ku Dapati
            Dengan Apa Aku Berterima Kasih
            Dengan Doa Kepada Allah Hu Robbi( Ulang 4 kali)

Di awal pengajaran, guru bersoal jawab dengan murid tentang tajuk pengajaraniaitu ‘ Menghormati Ayah dan Ibu’ sebagi set induksi. Kemudian gurumengedarkan lirik lagu yang bertajuk ‘Ayah Ibu’ kepada setiap murid danmemasang kaset lagu ‘Ayah Ibu’ untuk diperdengarkan kepada murid-murid.Guru dan murid menyanyikan lagu tersebut bersama-sama. Aktiviti ini bolehmenimbulkan minat pelajar terhadap pengajaran yang disampaikan oleh gurukerana murid berasa seronok. Fitrah kanak-kanak yang cenderung kepadapembelajaran lebih menarik. Aktiviti ini boleh menimbulkan minat bagi pelajaryang mempunyai jenis kecerdasan pelbagai muzik. Kemudian, pelajar bolehdiberi peluang untuk bermain alat muzik yang mudah dan memainkan lagu-lagumudah yang bertemakan keluarga. Penggubahan lirik lagu yang masihmengekalkan lagu-lagu pendidikan yang sama juga boleh membantu pelajarmenjadi semakin berminat terhadap pelajaran.

b) Aktiviti Pergerakan
Murid diminta melakonkan watak-watak dalam keluarga di hadapan bilikdarjah. Aktiviti ini mudah untuk dijalankan kerana menggunakan pengalamansedia ada murid-murid. Bagi mempelbagaikan situasi, guru boleh memberi
arahan kepada murid untuk memilih watak yang mereka mahu dan melakonkanpelbagai gaya. Contohnya, melakonkan watak seorang ibu dalam pelbagaisituasi yang berbeza seperti sedang memasak di dapur, melakukan kerja-kerjarumah, menggosok pakaian sambil melayan karenah anak-anak di rumah dansebagainya. Murid-murid tentunya akan lebih seronok apabila berjayamelakonkan watak dengan baik dan mendapat peneguhan positif daripada guru.Semasa berlakon, murid dapat memahami sesuatu konsep dengan lebih jelaslagi di mana secara tidak langsung, ini akan dapat menjadikan mereka lebihkreatif, inovatif, bertanggungjawab dan dapat membina sosialisasi dengan lebih baik.

c) Aktiviti Seni Visual
Setelah menjalankan aktiviti muzik dan pergerakan, satu lagi elemen yangtidak kurang pentingnya ialah seni visual. Semasa proses pengajaran danpembelajaran berlangsung, guru boleh mengambil inisiatif dengan memberisekeping kertas kepada murid-murid dan meminta mereka melukis ahli keluargamereka. Lukisan mereka tidak perlu pengamatan yang sempurna, cukup sekadarmenunjukkan keprihatinan mereka terhadap bilangan ahli keluarga mereka. Inisudah cukup untuk menunjukkan hubungan interaksi sosial mereka bersamakeluarga. Lukisan yang kelihatan mesra menunjukkan perhubungankekeluargaan mereka yang memang erat dan terjalin kukuh. Penggunaan warnadalam lukisan mereka juga menonjolkan keadaan keluarga mereka melaluipandangan mereka sendiri.

iii) Bagaimanakah aktiviti ini boleh membantu murid dalam pembelajaran?
Melalui aktiviti yang dijalankan berdasarkan pendekatan bertema yangdipilih dapat memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan dayakognitif, afektif dan psikomotor dalam pengajaran dan pembelajaran muzik, senivisual dan pergerakan. Contohnya daripada tajuk ‘Kasih Ibu Bapa’, murid-murid dapat menghubungkaitkan tajuk dengan persekitaran dan kehidupan seharian mereka melalui aktiviti seni muzik, seni pergerakan dan seni visual.
Selain itu, pendekatan bertemakan masyarakat yang dipilih ini akan dapatmembantu murid-murid memilih dan memindahkan idea, mengolah, sintesis danpenghargaan melalui aktiviti lakonan yang dijalankan bersama rakan-rakan.Bukan itu sahaja, murid-murid juga dapat memperolehi pendekatan yangmendalam terhadap nilai-nilai murni diri mereka dan nilai-nilai murni orang lain.Contohnya aktiviti lakonan yang dijalankan dapat menerapkan nilai-nilai murniseperti nilai kemanusiaan, kerjasama dan saling menghormati antara satu samalain.
Sesi pengajaran dan pembelajaran seni dalam pendidikan melalui aktivitimuzik, pergerakan dan seni visual serta pendekatan bertema yang dipilih dapatmembantu murid-murid memainkan peranan dalam menyesuaikan diri secaraberkesan.

iv) Apakah alat/bahan yang sesuai dengan aktiviti tersebut untuk muridmeneroka, memperolehi pengalaman dan mengalami ekspresi? Apakahkesan penggunaan alat/bahan ini kepada proses pengajaran danpembelajaran?
Guru perlu menyediakan alat dan bahan yang sesuai dengan tajuk dantema pelajaran bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapatberjalan dengan lancar. Moldstat (1974) berpendapat media (alat dan bahan) jikadigunakan bersama pengajaran ala tradisional (guru, kapur dan tutur) akanmeningkatkan proses pembelajaran. Dalam tajuk ‘Kasih Ibu Bapa’ ini, gurumenggunakan beberapa alat dan bahan bagi menyesuaikan penggunaannyadengan tajuk tersebut. Asas bahan yang digunakan bagi menyampaikan tajuk ini ialah Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 2. Guru meminta dua orang murid membaca teks dalam tajuk ‘Kasih Ibu Bapa’ dan kemudian meminta murid-murid membaca tekstersebut beramai-ramai. Guru boleh menanamkan konsep pemahaman daripadateks yang dibaca melalui seni pergerakan iaitu dengan melakukan aktivitilakonan. Melalui aktiviti lakonan, murid cuba memahami sesuatu watak denganlebih jelas. Secara tidak langsung, aktiviti lakonan ini dapat menjadikan muridtersebut seorang yang lebih kreatif, inovatif, bertanggungjawab dan dapatmembina sosialisasi dengan lebih baik. Selain itu, penglibatan murid dalamaktiviti ini juga dapat melatih murid lebih berkeyakinan diri.
Bagi melaksanakan aktiviti seni muzik, guru memilih untuk menggunakanpemain CD Audio untuk memainkan lagu ‘Ayah Ibu’. Media audio adalah suatustrategi pengajaran dan pembelajaran secara mendengar dimana bunyi suaradan muzik direkod, disimpan, dan boleh dimainkan semula denganmenggunakan alat perakam atau emain audio (Yusup Hashim, 1996). Denganmemasukkan seni muzik dalam pembelajaran dapat memperkembangkan nilaiestetika, kreativiti dan ekspresi diri. Contohnya, murid-murid boleh menyanyisambil membuat gaya mengikut lirik lagu tersebut. Secara tidak langsung, gurutelah memasukkan seni pergerakan dalam pengajarannya. Selain itu, murid-murid juga dapat menikmati pengalaman muzik yang berbeza jika belum pernahmendengar lagu tersebut sebelum ini.
Bagi melaksanakan aktiviti melukis bilangan ahli keluarga pelajar,sebaiknya guru menyediakan kertas lukisan yang sesuai untuk murid. Guru jugaboleh meminta murid menyediakan alat tulis untuk melukis dan mewarna. Dalamaktiviti seni visual ini, murid perlu menggunakan pengetahuan sedia ada merekauntuk melukis gambar keluarga yang terdiri daripada ibu bapa dan adik beradikmereka mengikut ekspresinya sendiri. Ini membantu perkembangan murid dariaspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi fisiologi dan psikologi murid.Victor Lowenfeld dan Brittain (1986) telah meneliti lukisan kanak-kanak mengikutperingkat perkembangan kanak-kanak dan menerangkan bagaimana bahan,kandungan, subjek dan persekitaran murid dapat disesuaikan mengikut peringkatperkembangan untuk merangsang pengutaraan tampak kanak-kanak,
perkembangan kreatif dan mental seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-
kanak.
Oleh itu, sebelum sesuatu media dipilih dan digunakan, seseorang guruatau pengajar itu mestilah memikirkan topik yang diajar, objektif pembelajaran,sifat murid, kebolehan penuntut dan menilai isi kandungan secara terperinci. Alatdan bahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapatmerangsang minat pelajar. Dengan menggunakan alat bantu mengajar, guruakan mempelbagaikan pengajaran. Pelajar tidak akan rasa bosan denganadanya pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh guru.

Saturday, October 30, 2010

kesan positif dalam mempelajari seni dalam pendidikan

Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan dirujuk sebagai ‘3 R’ iaitu membaca, menulis dan mengira.Penggunaan huruf ‘R’adalah satu kata yang sesuaidigunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkintidak dalam Bahasa Melayu.Namun begitu, sama ada kata-kata itu sesuai atautidak, tujuannya tetap sama: seni perlu dijadikan ‘R’ keempat atau literasi asasselain membaca, menulis dan mengira. Ini kerana, Seni Dalam Pendidikanmemainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran.Terdapat 3 bidang utama dalam mata pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzikdan Seni Pergerakan. Antara kesan-kesan positif semasa mengikuti MataPelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah

i) Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menjadi Lebih Seronok.
Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsurseni dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakankapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapatmenjadikan murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebihselesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Contohnya,kaedah belajar secara bermain dapat membina dan menjalinkan perhubungansosial sesama murid. Selain itu, perhubungan sesama murid juga dapatbertambah mesra dan dapat bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainansecara kumpulan. Ini turut membantu dalam penyemaian nilai-nilai murni didalam diri dan meningkatkan motivasi untuk mengikuti proses pembelajaran.

(ii) Memupuk Nilai Kerjasama
Secara semulajadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidakdapat mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang berunsurkerjasama. Aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan
berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama . Aksi-aksiyang terdapat dalam Seni Dalam Pendidikan merangkumi aktiviti seni visual,muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi sosial yang terjalin melaluideria sentuh. Komunikasi deria sentuh ini mempunyaiasas yang boleh menjalinperhubungan sesama manusia yang membawa kepada konsep perpaduan.

(iii) Memenuhi Keperluan Sosial Yang Asas
Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuaidengan minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi idealyang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dankeinginan diterima sebagai anggota kelompok.
Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompokdan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan SeniDalam Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhimelalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka memersembahkanaktiviti yang menarik.
Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkansuasana yang harmonis dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru danrakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.

(iv) Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa
dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkansebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belumdiketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namunbegitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalamanmeneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka dijalankandengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan,
cara pengolahan dan manipulasi serta idea dan isi kandungan.

(v) Luahan Perasaan Dan Aras Keyakinan Yang Tinggi.
Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterimasama ada ia bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapatmemberikan sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru bolehmengagak perasaan sebenar murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Muridyang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh mewujudkan suasanakeriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalammenghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diriyang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenaipandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukanperlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya.

Kesimpulannya, kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual,muzik dan pergerakan perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek inimempunyai motif dan tujuan yang sama. Pengintegrasian ini akanmemperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang diajar.

matlamat seni dalam pendidikan



 Pengenalan
Seni dalam pendidikan menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Seni dalam pendidikan ini lebih menegaskan kepada aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid.
Guru akan memberi murid untuk menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera mereka. Melalui cara ini, murid dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran yang optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.
Seni dalam pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mendacapai kecemerlangan. Teori ini jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting dalam kurikulum yang ada dan oleh itu, guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan yang ada pada diri mereka. Selain itu, guru juga perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai dan bersepadu untuk memenuhi keperluan murid yang mempunyai gaya belajar yang berbeza, keinginan mencuba idea serta pendekatan dan teknik yang baru seiring dengan
persekitaran yang memberikan inspirasi.
Antara matlamat seni dalam pendidikan ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Penggabungan tiga jenis seni yang terdiri daripada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih cemerlang dan bersifat holistik.


Matlamat Seni Dalam Pendidikan
Matlamat seni dalam pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian generasi rakyat Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai- nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan Negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Seni dalam pendidikan mengintegrasikan tiga komponen yang akan melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Bertitik tolak daripada perkara inilah, dapat memberikan perkembangan yang menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) akan berlaku.